Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Selasa, 31 Mei 2016
Kutipan Jumaat 20 Mei 2016
Kategori :
Kutipan Jumaat,
Kutipan Jumaat Mingguan
Isnin, 30 Mei 2016
Sekitar kuiz malam tadi

Kuiz diadakan di dalam bilik kelas.
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan bergilir-gilir menjawab soalan yang dikemukakan.
Setelah markah dikira, johan dan naib johan diumumkan selepas solat Isyak di ruang utama masjid.
Majlis dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat dan hadiah disampaikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.
Semoga aktiviti sebegini mampu memupuk minat kanak-kanak ini untuk terus istiqamah hadir ke masjid.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kutipan Jumaat 13 Mei 2016
Jumlah kutipan Jumaat pada 13 Mei 2016 ialah RM 2,656.60.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Kutipan Jumaat,
Kutipan Jumaat Mingguan
Siapa kita?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Sabtu, 28 Mei 2016
Kuliah Ustaz Mohib pagi tadi

Tiada kuliah sepanjang Ramadhan ini kerana beliau terpaksa memenuhi undangan-undangan di lokasi lain.
Walau bagaimana pun, beliau telah bersetuju dan sudi untuk mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Islah, Limbongan pada 9 & 10 Ramadhan 1437 H bersamaan dengan 14 & 15 Jun 2016.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Sekitar program semalam

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan krewnya diwakili oleh wartawannya, Encik Fazli Ahmad.
Program bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Afif bin Afandi.
Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh Muhammad Haziq bin Zakaria.
Sepanjang program berlangsung, pihak TV3 telah menjalankan proses rakaman.
Mengikut perancangan, rakaman ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan nanti sempena Hari Nuzul Al-Quran.
Nantikan siarannya!
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Laporan Aktiviti,
Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz,
TV3
Jumaat, 27 Mei 2016
Kuliah mingguan Ustaz Faizul tadi

Semoga pembudayaan ilmu berterusan di masjid yang penuh barakah ini.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Khutbah panjang sangat?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Khutbah hari ini : Syaaban & Kelalaian Manusia
Imam bertugas : Tuan Haji Che Deraman bin Che Mat
Bilal bertugas : Tuan Haji Hasan bin Mohd
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Bilal Haji Hasan,
Imam Haji Che Deraman,
Tajuk Khutbah Jumaat
Khamis, 26 Mei 2016
Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz
Buat julung-julung kalinya, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan mengadakan sesi rakaman untuk sebuah rancangan televisyen di Masjid Al-Islah, Limbongan malam ini!

Rakaman di masjid pada malam ini adalah sebahagian daripada kisah dua orang pelajar tahfiz ini yang dijadualkan akan disiarkan di kaca televisyen sempena Hari Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Semua dijemput hadir!
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Rabu, 25 Mei 2016
10 tips persediaan menghadapi Ramadhan
10 tips persediaan menghadapi Ramadhan.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Info Islam,
Mutiara Kata,
Ramadhan 2016
Percubaan gagal!
Jerteh (22 Mei 2016) : Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) cuba dilarikan penjenayah daripada bank di Kuala Besut, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, polis mendapat maklumat awal daripada syarikat keselamatan yang memaklumkan penggera mesin di bank berkenaan berbunyi pada 5.35 pagi.
Beliau berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian.
dan pemeriksaan mendapati pintu bank dipecah dengan kedudukan mesin CDM berubah dari kedudukan asal sementara mesin ATM pula berada di atas jalan.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak mengumpil pintu bank menggunakan kuku kambing dan cangkul kecil sebelum mengikat mesin ATM menggunakan tali.
"Suspek kemudian menarik mesin ATM dan cuba memecahkan tetapi gagal sebelum melarikan diri.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab di sebalik kejadian berkenaan," katanya.
Sumber : Harian Metro
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kutipan Jumaat 6 Mei 2016
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Kutipan Jumaat,
Kutipan Jumaat Mingguan
Malam Nisfu Syaaban
Bacaan surah Yasin secara berjemaah sebanyak tiga kali telah diadakan.
Selepas majlis, semua jemaah menikmati jamuan di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.
Juadah yang dibawa oleh para jemaah juga di luar jangkaan!
Semoga aktiviti begini dapat lebih mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah terjalin.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Sabtu, 21 Mei 2016
Kuliah Maghrib khas bersama Syeikh Jamal
Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Khas semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!

Beliau menyampaikan kuliah dalam bahasa Arab, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Wan Rosli bin Wan Ibrahim, mudir Pondok Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.
Usai kuliah, solat fardhu Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah, para jemaah yang hadir mengambil peluang untuk bersalaman dengan Syeikh.
Para jemaah juga berpeluang melihat dan mengucup seurat rambut dan beberapa cebisan kain jubah Rasulullah S.A.W yang ada dalam simpanan Syeikh.
Setelah menjamu selera, Syeikh Dr Jamal sempat menulis catatan dalam buku pelawat masjid.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Jumaat, 20 Mei 2016
Realiti khutbah sekarang?
Di manakah silapnya?
Kesilapan pada keberkesanan penyampaian oleh khatib, atau kesilapan para jemaah kerana tidak cuba menerimanya dengan penuh minat dan penghayatan?
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Khutbah hari ini : Bulan Yang Dilupai
Imam bertugas : Tuan Haji Zakaria bin Muhammad
Bilal bertugas : Encik Mohd Zamir bin Wan Kadir
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Bilal Mohd Zamir,
Imam Haji Zakaria,
Tajuk Khutbah Jumaat
Khamis, 19 Mei 2016
Kuliah Maghrib Khas Syeikh Jamal!

Penyampaian beliau akan diterjemahkan oleh Ustaz Wan Rosli bin Wan Ibrahim, mudir Pondok Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.
Jamuan disediakan!
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Rabu, 18 Mei 2016
iDANATTB masih dibuka!

Kategori dana yang ada ialah Dana Raya (Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas, Orang Miskin), Transformasi Orang Muda dan Bantuan Persekolahan.
Syarat kelayakan boleh disemak di sini >> http://danattb.terengganu.gov.my/syarat.pdf
Segala maklumat yang berkaitan dan pendaftaran secara atas talian boleh dilihat di sini >> http://danattb.terengganu.gov.my/
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Isnin, 16 Mei 2016
Selamat Hari Guru!
Kategori :
Guru Pembina Negara Bangsa,
Selamat Hari Guru,
Ucapan
Ahad, 15 Mei 2016
Lawatan ke Masjid Sultan Yahya Petra

Masjid tersebut dipilih kerana pernah dinobatkan di Tempat Pertama bagi Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 Kategori Masjid Daerah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000.00.
Dalam sesi taklimat dan soal jawab yang diadakan semalam, banyak perkongsian berguna dapat diambil.
Semoga idea-idea yang bernas dapat diaplikasikan di Masjid Al-Islah, Limbongan.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Sabtu, 14 Mei 2016
Kuliah Subuh mingguan tadi

Semoga semua yang hadir mendapat manfaat.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Jumaat, 13 Mei 2016
Jangan sia-siakan Jumaat anda!
Jangan main telefon semasa khatib membaca khutbah!
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Khutbah hari ini : Guru : Pembina Negara Bangsa
Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat
Bilal bertugas : Tuan Haji Hasan bin Mohd
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Bilal Haji Hasan,
Imam Tengku Azlan,
Tajuk Khutbah Jumaat
Khamis, 12 Mei 2016
Balut TV dengan kain kafan waktu Maghrib
SHAH ALAM (11 Mei 2016) – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV.
Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.

“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal ALLAH dan Nabi Muhammad SAW kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya.
Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW.
“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.
“Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.
Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.
Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.
“Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.
“Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.
Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.
Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. Ya ALLAH, bantulah wanita yang diuji begini.
Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.
Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan ALLAH.
"Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada ALLAH. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.
Sumber : Sinar Harian
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Selasa, 10 Mei 2016
Hari ini dan semalam
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Isnin, 9 Mei 2016
Kuliah audio boleh dimuat turun sekarang!
Untuk memuat turun kuliah Subuh mingguan oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem dalam bentuk audio (.mp3) pada tarikh-tarikh berikut sepanjang tahun 2015, sila klik pada pautan yang disediakan.

Untuk makluman semua, ini adalah percubaan pertama sebagai alternatif kepada video yang telah dimuat naik ke dalam Youtube sekian lama.
Jika sambutan menggalakkan, koleksi kuliah oleh pengajar-pengajar lain juga akan diproses dalam bentuk audio.
Untuk jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan pula, jika terdapat permintaan, koleksi audio kuliah-kuliah akan dimuatkan ke dalam cakera padat (CD) agar ia lebih tersusun dan boleh dimanfaatkan ketika berada dalam perjalanan di dalam kenderaan.
16 September 2015 :
Surah Al-Qasas [Ayat 57] >> http://picosong.com/download/NnnE
3 Oktober 2015 :
Surah Al-Qasas [Ayat 58] >> http://picosong.com/download/KBeE
31 Oktober 2015 :
Surah Al-Qasas [Ayat 59 & 60] >> http://picosong.com/download/KBPM
5 Disember 2015 :
Surah Al-Qasas [Ayat 61 & 62] >> http://picosong.com/download/KB9M
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Koleksi Kuliah Audio,
Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem
Tabung besi telah tiba
Keputusan untuk membeli tabung-tabung ini telah dibuat dalam mesyuarat yang lalu.
Satu unit tabung diletakkan di laluan masuk utama masjid, manakala satu unit lagi diletakkan di laluan masuk berhampiran dengan kolah.
Lokasi-lokasi ini dipilih bertujuan agar mudah dilihat oleh sesiapa sahaja yang hadir atau singgah di masjid, seterusnya membuka peluang bersedekah seluas-luasnya kepada sesiapa yang berhajat.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Pembangunan Masjid,
Perkembangan Masjid,
Tabung Besi
Kuliah Maghrib mingguan
Alhamdulillah, kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Mohd Saufian bin Mohd Nor malam tadi berjalan seperti biasa.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Ahad, 8 Mei 2016
Hanya 28 hari lagi!

Ini bermakna, kita hanya mempunyai baki 28 hari sebelum bertemu dengan Ramadan 1437H yang dinanti-nantikan.
Semoga kita dikurniakan pertemuan dengan bulan yang penuh berkat ini!
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Jumaat, 6 Mei 2016
Khutbah hari ini : Pengajaran Daripada Peristiwa Israk & Mikraj
Imam bertugas : Tuan Haji Che Deraman bin Che Mat
Bilal bertugas : Encik Mohd Zamir bin Wan Kadir
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Bilal Mohd Zamir,
Imam Haji Che Deraman,
Tajuk Khutbah Jumaat
Khamis, 5 Mei 2016
Pencetus Ummah Zaid meninggal dunia
5 Mei 2016 - PEMENANG tempat ketiga program Pencetus Ummah (PU) 2015, Abdul Zaid Abdul atau PU Zaid, 31, meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas, pagi tadi, lapor sebuah portal berita tempatan.

"Selepas sarapan, dia ke tandas dan sebaik keluar dia kelihatan lemah dan nafasnya tercungap-cungap.
"Kami kemudian mengejarkannya ke Hospital Tawau namun sebaik tiba, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.
Difahamkan, Allahyarham pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sebelum ini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, di sini, petang ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan seorang cahaya mata perempuan, Dhia Zahrah, berusia setahun setengah.
Sumber : Sinar Harian
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Berita Kematian,
Berita Luar,
Pencetus Ummah Zaid
Salam Israk & Mikraj 1437 H!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Rabu, 4 Mei 2016
Asap oh asap!
Masjid Al-Islah, Limbongan turut terkesan dengan asap yang melanda Besut.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Solat dan kehidupan
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Selasa, 3 Mei 2016
Baju korporat telah siap!
Masjid Al-Islah, Limbongan terus mengorak langkah yang proaktif walaupun usia penubuhannya masih baharu.
Semoga usaha ini menjadi batu loncatan kepada pengurusan yang lebih cekap dalam melunaskan amanah di rumah Allah.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Pengubahsuaian kolah wudhu'

Langkah ini diambil kerana terdapat beberapa masalah dengan senibina yang sedia ada sehingga kolah tersebut tidak lagi diisi dengan air dan tidak digunakan sekian lama.
Para jemaah turut memberikan respon mengenai perkara ini.
Kolah yang agak tinggi sehingga airnya tidak dapat dicapai telah dipotong beberapa inci untuk menyelesaikan masalah ini.
Mengikut perancangan juga, jeriji besi akan dipasang di dalam kolah untuk mengelakkan dimasuki oleh kanak-kanak untuk mandi sebagaimana pernah terjadi sebelum ini.
Semoga perkara-perkara tersebut dapat diatasi agar kegunaan kolah ini nanti lebih selamat untuk semua.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Kolah,
Pembangunan Masjid,
Perkembangan Masjid
Kutipan Jumaat 29 April 2016
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Kutipan Jumaat,
Kutipan Jumaat Mingguan
Penuntut kolej swasta maut
BESUT (30 April 2016) - Seorang penuntut sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan maut sementara tunangnya parah selepas kereta dinaiki mereka tertembung dengan sebuah lori di Kampung Batang Gergaji dekat Jabi di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penumpang kereta Proton Satria itu yang juga pelajar kolej sama, Wan Farah Farhana Wan Ariffin, 20, dari Lorong Pak Nik Mat, Pasir Mas, Kelantan mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, manakala pemandu lori jenis Isuzu yang membawa muatan ayam itu tidak mengalami kecederaan sementara kelindan mengalami luka-luka kecil.
“Maklumat awal daripada pemandu lori memberitahu kejadian berlaku apabila sampai di tempat kejadian, dia yang dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu melihat kereta Proton Satria dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu hilang kawalan lalu memasuki laluannya (bertentangan).
“Pemandu lori itu telah mengelak ke sebelah kiri bahu jalan tetapi kereta Satria itu masih lagi berada di laluan lori lalu kereta itu melanggar lori tersebut di bahagian depan,” katanya.
Mohd Zamri berkata, pemandu yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Besut sementara mayat Yusaini Ashfaq dihantar untuk bedah siasat di hospital yang sama.
Mohd Zamri berkata lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku berpunca kerana pemandu Satria itu dalam keadaan mengantuk kerana dikatakan dia bersama tunangnya bertolak pada jam 2 pagi semalam dari Kuantan, Pahang dan dalam perjalanan ke Kota Bharu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, kes disiasat oleh Inspektor Muhammad Wafi Azrul Suati.
Sumber : Sinar Harian
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Isnin, 2 Mei 2016
Kutipan Jumaat 22 April 2016
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Kutipan Jumaat,
Kutipan Jumaat Mingguan
Mesyuarat khas Ramadan 1437 H
Sempena Ramadan 1437 H yang bakal tiba, pelbagai isu berkaitan telah dibincangkan dan kata sepakat telah dicapai.
Semoga usaha ini diberkati oleh Allah.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kategori :
Laporan Aktiviti,
Mesyuarat 2016,
Ramadhan 2016
Kuliah mingguan Ustaz Faizul

Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk menambahkan kefahaman ilmu tauhid.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Langgan:
Catatan (Atom)