Isnin, 26 Oktober 2015

Tahlil bermula malam tadi

Sebagaimana telah dimaklumkan semalam, telah berlaku kematian ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu arwah Mat Ali bin Othman pada 24 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, selepas berunding dengan ahli keluarga arwah, malam tadi telah bermula majlis tahlil yang diadakan di Masjid Al-Islah, Limbongan selepas solat fardhu Isyak.

Selepas selesai bertahlil untuk arwah, para jemaah dijemput untuk menjamu selera di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis tahlil khusus untuk arwah akan diteruskan selama tiga malam berturut-turut.

Penyediaan dan kos juadah untuk ketiga-tiga malam tersebut diuruskan oleh pihak masjid sebagaimana termaktub di dalam borang keahlian Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Untuk makluman semua, ini adalah kematian kedua yang melibatkan ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan sejak ia ditubuhkan.

Semoga usaha ini mampu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...