Ahad, 25 Oktober 2015

Seorang ahli Tabung Khairat Kematian meninggal dunia

Pada pukul 7.30 malam tadi, seorang ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan telah meninggal dunia.

Arwah bernama Mat Ali bin Othman dan jenazah beliau diuruskan di kediaman menantu berhampiran padang bola Kampung Limbongan.

Selepas solat Subuh tadi, sekumpulan wakil daripada Masjid Al-Islah, Limbongan telah menziarahi keluarga arwah dan menghadiahkan bacaan surah Yasin kepada arwah.

Sumbangan wang tunai RM500 dan kelengkapan pengurusan jenazah telah dihulurkan kepada keluarga arwah sebagaimana termaktub di dalam borang keahlian Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan yang dibuka pendaftarannya secara percuma.

Solat jenazah akan diadakan di kediaman tersebut pada pukul 10.00 pagi ini.

Pengurusan tahlil selama tiga hari berturut-turut di Masjid Al-Islah, Limbongan akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...