Selasa, 12 Mei 2015

Operasi besar-besaran

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Mei 2015, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengadakan operasi secara besar-besaran kepada mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di seluruh masjid dalam negeri Terengganu.

Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa mereka yang melakukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) atau dipenjarakan tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali sebagaimana kehendak Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir (Terengganu) 2001.

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita mengambil berat untuk menunaikan solat Jumaat kerana solat Jumaat adalah satu kewajipan kepada setiap muslim dan janganlah sekali-kali kita mengabaikannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...