Alhamdulillah, akhirnya hasrat pihak Masjid Al-Islah, Limbongan untuk memiliki kitab-kitab ilmiah utama telah terlaksana setelah diusul sejak tahun lepas.
Kitab-kitab yang baru sahaja dibeli akan disimpan di masjid sebagai rujukan bagi sesiapa sahaja yang mengunjungi Masjid Al-Islah, Limbongan.
Kitab-kitab yang ada akan melalui beberapa proses seperti merekod, meletakkan label dan sebagainya sebelum dibuka untuk kegunaan umum.
Semoga usaha murni ini bakal mencetuskan pembinaan budaya keilmuan di kalangan ahli jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan