Harap maklum.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Hari ini, penduduk Kampung Limbongan telah menerima berita kematian seorang jemaah dan juga Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu Cikgu Ishak @ Ibrahim bin Embong yang menjalani pembedahan semalam.
Seperti yang telah dirancang, malam tadi telah berlangsung ceramah khas Israk & Mikraj oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah.
Alhamdulillah, kuliah Maghrib bersama jemputan, Syeikh Mahmoud Ibrahim Al-Manufy tadi telah berlangsung dengan jayanya.
Alhamdulillah, akhirnya hasrat pihak Masjid Al-Islah, Limbongan untuk memiliki kitab-kitab ilmiah utama telah terlaksana setelah diusul sejak tahun lepas.
Selepas solat fardhu Jumaat tadi, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut telah membuka pameran mengenai dadah di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.
Selepas solat Isyak tadi, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan telah berkumpul di ruang solat untuk membuat keputusan mengenai beberapa perkara mengenai ceramah khas sempena Israk & Mikraj anjuran Masjid Al-Islah, Limbongan.
Selepas solat Isyak semalam, jawatankuasa pelaksana tabung khairat kematian Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan pra-perbincangan mengenai perancangan tabung tersebut.
Alhamdulillah, tayangan slaid khutbah Jumaat pada 15 Mei 2015 yang lalu telah menggunakan kabel yang baharu buat kali pertama, namun masih memerlukan sedikit penambahbaikan agar saiz tayangan dapat dioptimumkan.
Alhamdulillah, selepas solat fardhu Maghrib tadi, jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah dihidangkan dengan pengisian khas mengenai Israk & Mikraj oleh Ustaz Rosdi bin Mahmud, Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut, Terengganu.
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Mei 2015, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengadakan operasi secara besar-besaran kepada mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di seluruh masjid dalam negeri Terengganu.
Alhamdulillah, tengahari tadi proses pemasangan projektor pada besi penggantung dan penyambungan kabel telah dijalankan.
Sejak dua minggu lalu, tayangan slaid disediakan lebih kurang 15-20 minit sebelum azan solat Jumaat.
Tajuk khutbah hari ini, 19 Rejab 1436H | 8 Mei 2015 : Kewajiban Solat Melalui Ibrah Isra' Dan Mikraj
Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan April & Mei 2015, iaitu Majlis Keraian Hari Lahir sebagaimana berikut :-
Alhamdulillah, aktiviti memanah yang diperkenalkan semalam dalam Riadah Sunnah berjaya memberi pendedahan awal kepada yang belum pernah mencuba sunnah Rasulullah ini.
Dengan mengambil kira pandangan daripada beberapa pihak, nama "Keraian Hari Jadi" kini ditukarkan kepada "Keraian Hari Lahir" kerana penggunaan nama yang baharu lebih tepat dengan maksudnya.
Bilal Wan Ibrahim bin Wan Ahmad telah memulakan tugasan azan di bawah perlantikan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.