Ahad, 28 Disember 2014

Teruskan sumbangan kepada mangsa banjir!

Sebahagian daripada sumbangan yang
terkumpul hari ini
Banjir yang melanda pantai timur semenanjung Malaysia terutamanya negeri Kelantan telah membuka minda banyak pihak untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menyumbang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan kewangan. Ada juga yang turun padang memberikan khidmat tenaga dalam pembungkusan dan pengagihan sumbangan.

Bantuan moral juga tidak putus-putus diberikan dalam bentuk kata-kata semangat, doa dan solat hajat yang dilakukan saban hari.

Kepada penduduk di sekitar daerah Besut yang masih ingin menyumbang keperluan-keperluan mangsa banjir, anda boleh meletakkan barangan tersebut di ruang tarbiah Masjid Limbongan.

Jika sumbangan anda berbentuk kewangan, anda boleh menghulurkan sumbangan tersebut kepada mana-mana pegawai Masjid Limbongan.

Sekalung penghargaan kepada Skuad Prihatin ABIM Besut yang menguruskan pengumpulan dan penghantaran sumbangan-sumbangan ini.

Alhamdulillah, setakat ini dua kali penghantaran telah dibuat iaitu semalam dan pagi tadi.

Sumbangan anda sentiasa dialu-alukan sehingga diberitahu kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...