Selasa, 9 Disember 2014

Memohon sumbangan pembaikian bumbung masjid

Alhamdulillah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerja-kerja pembaikian bumbung masjid di ruang solat utama yang mengalami kebocoran telah siap pada 27 November yang lalu.

Setakat ini, tiada lagi kebocoran berlaku. Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamaruzaman bin Jusoh kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Untuk makluman semua, kos pembaikian keseluruhan ialah RM12,500 merangkumi bumbung di ruang solat utama yang telah dibaiki, ruang tarbiah yang belum dibaiki dan beberapa tempat yang turut mengalami kebocoran.

Kebocoran-kebocoran di tempat lain akan dibaiki jika tempat yang telah dibaiki benar-benar tidak lagi mengalami kebocoran berdasarkan pemerhatian pada waktu berlakunya hujan yang lebat.

Untuk menampung kos pembaikian tersebut, pihak Masjid Limbongan telah bersetuju untuk membuka peluang kepada semua pihak agar sama-sama dapat membuat sumbangan ikhlas demi kebaikan bersama.

Untuk tujuan tersebut, sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid yang bertugas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan setakat ini.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat berikut :- 1303-0000172-71-7

Kepada yang menyalurkan sumbangan melalui akaun bank, sila nyatakan tujuan sumbangan (pembaikian bumbung masjid) kepada admin facebook dan blog Masjid Limbongan melalui saluran-saluran yang ada (mesej facebook atau e-mail) untuk memudahkan urusan pengasingan kewangan mengikut tujuan yang tepat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...