Encik Kamaruzaman sedang memberikan penerangan |
Pada hari Ahad, 23 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di ruang solat utama Masjid Limbongan, khusus membincangkan penyelesaian kepada masalah kebocoran bumbung masjid yang sedang dihadapi, lebih-lebih lagi pada musim hujan seperti sekarang.
Seorang kontraktor yang juga adalah jemaah dan rakan Masjid Limbongan, Encik Kamaruzaman bin Jusoh telah diberi kepercayaan oleh pihak Masjid untuk membuat tindakan pembaikian bumbung masjid yang sedang berada dalam situasi yang agak membimbangkan.
Pada malam tersebut, Encik Kamaruzaman telah memberikan sedikit penjelasan mengenai keadaan bumbung masjid berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Beliau juga memberikan penerangan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir mengenai proses yang bakal dilakukan.
Proses pembaikian dijangka mengambil masa selama tiga hari (jika cuaca mengizinkan) dengan tenaga kerja seramai 15 orang.
Sumbangan daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk pembaikian segera bumbung masjid. Sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat berikut : 1303-0000172-71-7
Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan