Jumaat, 28 November 2014

Kerja-kerja pembaikian telah siap!

Bacaan surah Yasin malam tadi
Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikian kebocoran bumbung masjid telah berjaya disiapkan!

Ruang solat utama mula digunakan semula pada waktu solat fardhu Asar semalam. Para jemaah yang hadir untuk pengisian mingguan pada malam Jumaat iaitu bacaan surah Yasin malam tadi ternyata lebih selesa kerana ruang tersebut telah dapat digunakan.

Matlamat untuk menyiapkannya sebelum hari Jumaat akhirnya tercapai. Para jemaah akan lebih selesa untuk menunaikan solat fardhu Jumaat hari ini berbanding minggu lepas di mana para jemaah terpaksa menggunakan hanya ruang belakang yang terbatas.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada Encik Kamaruzaman bin Jusoh dan tenaga-tenaga kerja beliau yang telah bertungkus-lumus melunaskan kerja-kerja pembaikian ini.

Mari kita sama-sama berdoa agar usaha tersebut diberkati oleh Allah. Semoga kebocoran ini berjaya diatasi sepenuhnya dan tidak akan berulang lagi.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar berkaitan catatan ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...