HUKUM SOLAT GERHANA BULAN :-
Sunat Muakkad (مـؤكـدة)
CARA-CARA SOLAT :-
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur, ia mempunyai dua (2) kali rukuk dan dua (2) kali qiam (berdiri) di dalam satu (1) rakaat.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA :-Sunat Muakkad (مـؤكـدة)
CARA-CARA SOLAT :-
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur, ia mempunyai dua (2) kali rukuk dan dua (2) kali qiam (berdiri) di dalam satu (1) rakaat.
Waktunya >>
Waktu bagi solat gerhana bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat >>
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA :-
1. Disunatkan mandi sebelum solat
2. Bilal menyeru :
الصِّلاَةُ جَامِعَةً
3. Berdiri lurus mengadap kiblat
4. Berniat mengerjakan solat gerhana bulan dengan lafaz :
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala”
5. Takbiratul Ihram, Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah
6. Rukuk serta tasbihnya dan qiam (berdiri) semula
7. Baca Al-Fatihah dan Surah
8. Rukuk, Iktidal, kemudian sujud dua (2) kali (seperti biasa)
9. Kemudian qiam (berdiri) semula untuk mengerjakan rakaat kedua
10. Baca Al-Fatihah dan Surah
11. Rukuk beserta tasbihnya dan qiam (berdiri) semula
12. Baca Al-Fatihah lagi dan Surah
13. Kemudian rukuk, Iktidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana bulan. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila rujuk kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Untuk solat sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring (جـهر).
Sumber : http://jheatweb.terengganu.gov.my/

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan