Pagi tadi jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima berita kematian Wan Tik binti Ismail, isteri kepada seorang Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu Encik Mohamad bin Muda.
Arwah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.30 pagi tadi.
Kematian ini adalah kematian pertama berlaku selepas dilancarkan Tabung Khairat Kematian.
Keluarga Encik Mohamad bin Muda yang telah berdaftar sebagai ahli Tabung Khairat Kematian layak mendapat faedah seperti yang telah diputuskan oleh pihak Masjid Al-Islah, Limbongan.
Sumbangan wang tunai RM 500 telah dihulurkan oleh Bendahari Masjid Al-Islah, Limbongan kepada keluarga arwah.
Peralatan-peralatan pula akan diuruskan secepat mungkin.
Semoga usaha ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah.
Semoga arwah Wan Tik binti Ismail ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan