Isnin, 13 Julai 2015

Majlis Khatam Al-Quran anjuran jemaah wanita

Alhamdulillah, sebagaimana dirancang, Majlis Khatam Al-Quran anjuran jemaah wanita Masjid Al-Islah, Limbongan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu (11 Julai 2015).

Majlis dimulakan dengan solat sunat hajat yang dipimpin oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat. 

Acara diteruskan dengan dipengerusikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Ucapan bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Masjid Al-Islah, Haji Che Rawi bin Ab Rahim mewakili pihak masjid.

Seterusnya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ), Hajjah Wan Kuntom binti Wan Abdullah, diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. 

Majlis seterusnya menjemput Haji Husin bin Wahab, bekas Pegawai Pejabat Pejaran Daerah (PPD) Besut, untuk mempersembahkan bacaan qiraat Al-Quran.

Majlis juga menjemput Haji Muhamed Idhan bin Mamat, bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MARA) Pengkalan Chepa yang juga adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islah, untuk mempersembahkan bacaan Al-Quran bertarannum.

Seterusnya, penyelaras Majlis Khatam Al-Quran, Hajjah Makelthom binti Abdul Rahman, memberikan taklimat ringkas mengenai proses khatam yang akan dilaksanakan.

Setelah tadarus dan khatam berakhir, ucapan penutup telah disampaikan oleh Haji Yusof bin Kassim, seorang aktivis masyarakat di DUN Kota Putera.

Seterusnya, cenderahati disampaikan kepada tetamu-tetamu.

Majlis ditutup dengan qasidah dan alunan doa khatam Al-Quran oleh jemaah wanita dan murid-murid SKPNZ.

Majlis bersurai.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...