Sabtu, 7 Mac 2015

Al-Fatihah untuk arwah Haji Ab Halim

Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi, seorang ahli jemaah yang juga rakan Masjid Limbongan, Haji Ab Halim bin Mustapha telah kembali ke rahmatullah.

Beliau ialah seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut, Terengganu.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau telah beberapa hari ditempatkan di hospital tersebut berikutan terlibat dengan kemalangan jalan raya berhampiran dengan IPGKSM.

Jenazah arwah akan diuruskan dan dikebumikan di rumah bonda beliau di Kampung Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Difahamkan solat jenazah akan dilakukan di sana selepas solat fardhu Asar petang nanti.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...