Khamis, 19 Februari 2015

Sekitar mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Limbongan

Pada 16 Februari 2015 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu mesyuarat khas telah diadakan untuk membincangkan pemilihan calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan pengerusi Masjid Limbongan berikutan pengunduran diri oleh Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan.

Perletakan jawatan beliau adalah ekoran daripada pertukaran tempat kerja ke Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.

Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali.

Semoga proses pemilihan ini membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...