Amalan-amalan yang baik dilakukan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah :-
1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan.

Thauban R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) : “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan mengangkat darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” Hadis Riwayat Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.
2. Puasa, kerana puasa juga termasuk di dalam amalan soleh.
Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sesetengah isteri-isteri Rasulullah S.A.W : “Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei.
Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. Takbir, Tahlil dan Tahmid. Hal ini kerana, hadis Ibnu Umar mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari : “Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir. Apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah R.A.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
4. Puasa pada Hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah S.A.W.

Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya, maksudnya : ”Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Hadis Riwayat Muslim.
PERINGATAN : Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah, tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah S.A.W tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. Kelebihan Hari Raya Korban (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari 10 Zulhijjah ini. Hari ini menyaksikan kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim : Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Al-Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jemaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari ke-11 Zulhijjah).
Sesetengah ulama lain pula berpendapat bahawa hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan. Tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hambaNya lebih ramai daripada pada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah S.W.T turun menghampiri hambaNya dan berbangga kepada malaikat dengan hambaNya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada kedua-duanya.

Sumber : http://www.abuanasmadani.com
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan