Rabu, 9 Julai 2014

Ramadhan bersama Imam Palestin!

Perjalanan Imam Iman Yameen Youssef Saleh sepanjang Ramadhan @ Terengganu untuk program Ramadhan bersama Imam Palestin bermula dengan Masjid Limbongan pada malam ini! Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Terengganu dan Aqsa Syarif Berhad.

Walau bagaimana pun, dukacita dimaklumkan bahawa Imam Iman Yameen Youssef Saleh tidak dapat memgimamkan solat tarawih malam ini kerana mengalami sedikit masalah suara dan dinasihatkan supaya berehat. Ini kerana beliau sebelum ini telah dibawa menjelajah sembilan buah masjid di negeri Kelantan bermula sejak 2 Ramadhan sehingga malam tadi untuk program yang sama.

Walaupun begitu, insyaAllah beliau akan hadir untuk menyertai solat tarawih di Masjid Limbongan dan memberikan tazkirah ringkas atau menceritakan isu terkini umat Islam di Palestin jika kesihatan beliau mengizinkan.

Tabung untuk Palestin akan dibuka untuk memberi peluang kepada hadirin yang ingin menyumbang kepada saudara-saudara kita di sana. Semoga sumbangan ikhlas pada bulan berkat ini dinilai tinggi oleh Allah.

Semua dijemput hadir malam ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...