Selasa, 24 Jun 2014

Masjid Limbongan @ Masjid Al-Islah?


Walaupun masjid kita sudah ada nama rasmi iaitu Masjid Al-Islah, admin masih akan mengekalkan nama Masjid Limbongan untuk alamat blog, akaun facebook, akaun e-mail, akaun youtube dan semua yang berkaitan dengan masjid ini di atas talian (online).

Ini kerana masjid kita sudah sinonim dengan nama Masjid Limbongan dan masyarakat di sekitar masjid memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan nama yang baru.

Jika perlu ditukar, admin akan menukar semua akaun tersebut kepada Masjid Al-Islah. Tetapi jika tidak perlu, admin akan mengekalkan nama Masjid Limbongan kerana sebagaimana masjid-masjid lain, walaupun nama rasmi sudah ada, masyarakat setempat tetap juga mengenali masjid-masjid mereka dengan nama kampung berkenaan. Nama rasmi hanya digunakan untuk tujuan rasmi.

Semuanya bergantung kepada situasi dan masa. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...