Khamis, 17 April 2014

Bulan Rejab bakal tiba!

Hari ini 17 April 2014 = 17 Jamadil Akhir. Tidak berapa lama lagi akan tiba bulan Rejab.

InsyaAllah, pihak Masjid Limbongan ada mengatur beberapa pengisian istimewa sempena bulan yang mulia tersebut.

Ingin diwarwarkan di sini bahawa bermula sahaja bulan Rejab, kita akan sama-sama diperdengarkan kisah Israk dan Mikraj.

Imam Muda Tengku Azlan telah bersetuju untuk membacakan sebuah kitab yang menceritakan kisah tersebut pada malam kelas Bahasa Al-Quran. Ini bermakna, sepanjang Rejab, kelas Bahasa Al-Quran akan ditangguhkan.

Jika tidak sempat dihabiskan, Imam Haji Che Deraman juga sudi sama-sama membacakan kisah ini pada malam kuliahnya!

Pihak Masjid Limbongan mengambil inisiatif ini memandangkan akhir-akhir ini, ceramah Israk dan Mikraj kurang menyentuh seluruh cerita tetapi hanya membuat kesimpulan dan pengajaran.

Walau bagaimana pun, insyaAllah ceramah khas tetap ada! Nantikan kemunculannya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...