Sabtu, 28 Mei 2016

Sekitar program semalam

Alhamdulillah, sebagaimana telah dirancang, semalam telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan krewnya diwakili oleh wartawannya, Encik Fazli Ahmad.

Program bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Afif bin Afandi.

Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh Muhammad Haziq bin Zakaria.

Sepanjang program berlangsung, pihak TV3 telah menjalankan proses rakaman.

Mengikut perancangan, rakaman ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan nanti sempena Hari Nuzul Al-Quran.

Nantikan siarannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...