Isnin, 30 Mei 2016

Sekitar kuiz malam tadi

Setelah hampir dua bulan Kelas Iqra' dan Fardhu Ain berjalan, malam tadi telah diadakan kuiz untuk menguji kefahaman kanak-kanak yang terlibat.

Kuiz diadakan di dalam bilik kelas.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan bergilir-gilir menjawab soalan yang dikemukakan.

Setelah markah dikira, johan dan naib johan diumumkan selepas solat Isyak di ruang utama masjid.

Majlis dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat dan hadiah disampaikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Semoga aktiviti sebegini mampu memupuk minat kanak-kanak ini untuk terus istiqamah hadir ke masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...