Selasa, 18 November 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas Berkitab

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Maghrib, Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa telah sudi menghadirkan diri untuk mengisi slot kuliah Maghrib berkitab sempena Maal Hijrah 1436 sebagaimana yang dirancang.

Pihak Masjid Limbongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Azhar di atas kesudian tersebut.

Ustaz Ahmad Azhar telah menghuraikan kitab Fiqh Al-Hijrah, karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Usai solat fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Azhar, semua jemaah yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan bubur asyura yang telah disediakan di Masjid Limbongan pada siang harinya dan beberapa hidangan ringan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai kuliah ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tonton video kuliah Maghrib khas ini di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...