Isnin, 3 November 2014

Kem Kesihatan bersama KOSPEN meriah!

Suasana pemeriksaan kesihatan oleh petugas masjid
Alhamdulillah, Kem Kesihatan bersama KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lalu, 1 November 2014. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi.

Sambutan sangat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma (KOSPEN) dan pameran kesihatan serta pertandingan-pertandingan menarik.

Program seterusnya diisi dengan ceramah kesihatan bertajuk "Kesihatan dan Kebahagiaan" yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr Kamaruzaman bin Wan Su, bekas pengarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelum berakhir, pihak penganjur telah menyempurnakan sebanyak 20 cabutan bertuah serta satu cabutan bertuah untuk hadiah utama iaitu sebuah basikal.

Program berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Semoga program sebegini mampu menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang mesra masyarakat dan menjadi pusat aktiviti semua lapisan masyarakat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan Kem Kesihatan ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...