Selasa, 14 Oktober 2014

Perjumpaan pegawai Masjid Limbongan

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, kelima-lima orang pegawai Masjid Limbongan (tiga orang imam dan dua orang bilal) telah mengadakan satu perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang berkaitan langsung dengan tugasan imam dan bilal.

Ini bukanlah kali pertama perjumpaan sebegini diadakan. Demi memastikan tugasan yang diamanahkan sebagai pegawai masjid dilunaskan dengan sebaik mungkin, perjumpaan seumpama ini dilihat sangat perlu agar setiap kesilapan dapat diperbetulkan dan setiap kekurangan dapat ditampung oleh rakan sejawat yang lain.

Perjumpaan ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah di antara pegawai-pegawai masjid. Bertugas di bawah bumbung sebuah masjid yang sama memerlukan persefahaman yang tinggi dan sikap tolak ansur serta kerjasama yang jitu.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...