Ahad, 22 Jun 2014

Sekitar Kembara Zakat Maybank Islamic 2014 : Ramadhan Relief semalam

Alhamdulillah, Kembara Zakat Maybank Islamic 2014 : Ramadhan Relief semalam telah berlangsung dengan jayanya! Seramai 200 orang penerima zakat yang layak telah mendapat manfaat daripada program ini.

Walaupun terdapat sedikit kerumitan akibat daripada kelewatan tiba barang-barang untuk diagihkan, proses pengagihan akhirnya dapat dimulakan selepas solat fardhu Zohor.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Maybank Islamic Berhad sebagai penganjur dan Islamic Relief Malaysia selaku pelaksana misi yang murni ini. Terima kasih di atas kesudian memilih Masjid Limbongan sekali lagi pada tahun ini sebagai lokasi program. Semoga kita semua dapat bekerjasama lagi untuk masa yang akan datang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menyumbang masa dan tenaga untuk sama-sama menjayakan misi bantuan ini. Semoga Allah memberkati hidup kita semua untuk lebih berbakti kepada masyarakat.
Pengerusi Masjid Limbongan

Wakil Maybank Islamic Berhad

Ceramah oleh Ustaz Mohd Saufian

Penerima zakat lelaki

Penerima zakat wanita

Proses pengagihan

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...